BUKAN SEKADAR MELAFAZKAN KALIMAH "SUBHANALLAH, ALHAMDU LILLAH, LAA ILAHA ILLALLAH, ALLAHU AKBAR"
Sebenarnya bukan sekadar kita membaca akan kalimah-kalimah “Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar”
Tetapi kita mesti melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw, yang dengan melakukan perintah-perintah tersebut, hikmah yang akan berlaku ialah maksud kepada “Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar”
Mengucap "SUBHANALLAH" ialah sebagai tanda sedang bertasbih menyucikan nama Allah
BAGAIMANA CARA NAK BERTASBIH MENSUCIKAN NAMA ALLAH SEPERTI MANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH TERKANDUNG DI DALAM FIRMAN ALLAH DI DALAM
Surah Al-'Ala
BERTASBIH MENSUCIKAN NAMA ALLAH DENGAN MENYEBUT-NYEBUT DENGAN LIDAH DAN HATI AKAN NAMA TUHANNYA
Bagaimana hendak menyebut dengan lidah dan hati akan nama tuhanmu sehingga berlaku keadaan sedang menyucikan nama Allah boleh dilakukan seperti mana firman Allah pada
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Surah Al-'A`rāf ayat 205
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
Bagaimana hendak menyebut nama tuhanmu boleh dilakukan mengikut seperti mana firman Allah pada
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Yang cara untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi di dalam hati boleh dilakukan yang diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Tongkat kan lidahmu ke langit-langit,
- sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya
Mengucapkan “ALHAMDU LILLAH” sebagai tanda untuk bersyukur kepada Allah
BERIBADATLAH DENGAN MEMUJI NAMA TUHANMU DENGAN MENYEBUT-NYEBUT DENGAN LIDAH ATAU HATI AKAN NAMA TUHANMU SEBAGAI BERSYUKUR
MENGUCAPKAN "ALHAMDULILLAH" ADALAH SEBAGAI TANDA BERSYUKUR
20.Surah Ţāhā ayat 130
Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).
22.Surah Al-Ĥaj ayat 34
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -
22.Surah Al-Ĥaj ayat 35
Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.
SETIAP SEORANG MESTI MENYEBUT NAMA ALLAH YANG DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTI MANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH, DI DALAM SETIAP IBADAH YANG DILAKUKAN SEPERTI DI DALAM SOLAHNYA, DI DALAM MASA SEDANG BERPUASA, SEMASA MENGELUARKAN ZAKAT ATAU SEMASA BERSEDEKAH, TIDAK BOLEH DITINGGALKAN MENYEBUT-NYEBUT NAMA ALLAH DIKETIKA SEDANG MENUNAIKAN FARDU HAJI
Bagaimana hendak menyebut nama Allah ketika sedang melakukan amal ibadat boleh dilakukan seperti mana perintah Allah yang telah difirmankan di dalam
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Surah Al-'A`rāf ayat 205
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
Bagaimana hendak menyebut nama tuhanmu melalui lisan lidah boleh dilakukan mengikut seperti mana firman Allah pada
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Yang cara untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi di dalam hati boleh dilakukan yang diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Tongkat kan lidahmu ke langit-langit,
- sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya
Di sini memerlukan kemahiran tentang bagaimana hendak menyebut nama Allah pada masa sedang melaksanakan ibadah-ibadah yang tersebut